KUALA LUMPUR: Kes 43 rakyat Malaysia diperdaya sindiket Macau Scam dan diselamatkan polis Peru di La Molina, Lima, adalah yang pertama seumpama itu dikesan melibatkan pemerdagangan manusia rakyat negara ini di Amerika Selatan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
Beliau berkata maklumat awal yang diperoleh mendapati kesemua mangsa terdiri daripada 17 lelaki dan 26 wanita berusia antara 20-an dan 30-an itu, diperdaya dengan tawaran pekerjaan di luar negara yang menjanjikan bayaran lumayan.
"Penipuan pekerjaan seperti ini bukan perkara baharu, namun ini kali pertama kita menghadapi mangsa yang diperdagangkan ke Amerika Selatan.
"Kita menunggu kepulangan kesemua mangsa...apabila sampai sahaja di sini, Bahagian D3 Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran akan buat temu bual untuk kenal pasti pengrekrut yang bawa 43 mangsa hingga ke Peru," katanya pada sidang media khas di Bukit Aman di sini hari ini.
Beliau berkata kesemua mereka yang meninggalkan Malaysia pada 29 Sept lepas, dipercayai menggunakan pasport secara sah selain membawa pakaian serta wang tunai dan polis akan membuat semakan dengan Imigresen bagi mengetahui sama ada pergerakan mereka dibuat secara individu atau berkumpulan.
Sabtu lepas, Kementerian Luar dalam satu kenyataan memaklumkan seramai 43 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penyeludupan manusia sindiket Macau Scam telah diselamatkan hasil serbuan polis Peru di sebuah rumah di La Molina, Lima.
Sementara itu, Razarudin berkata polis masih menunggu pemakluman daripada Polis Antarabangsa (Interpol) berhubung notis merah terhadap menantu bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yasin Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan.
"Permohonan itu telah dihantar ke Interpol Asia dan mereka masih lagi menunggu jawapan daripada ibu pejabat Interpol di Lyon, Perancis. Bagaimanapun, kami yakin notis merah itu akan dikeluarkan," katanya.
Selasa lepas, polis menyerahkan dokumen yang diperlukan untuk permohonan notis merah terhadap Muhammad Adlan dan peguamnya Mansoor Saat kepada Interpol.
Mengenai perhimpunan amal Palestin yang dirancang beberapa pihak termasuk parti politik sebagai tanda solidariti Malaysia di masjid terpilih di ibu negara Jumaat ini, Razarudin berkata pihaknya belum menerima sebarang pemakluman rasmi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 10 2023
Tan Sri Razarudin mendedahkan, kesemua mangsa diperdaya dengan tawaran pekerjaan di luar negara yang menjanjikan bayaran lumayan. - Bernama
Badminton Terbuka Thailand: Zii Jia mara ke separuh akhir
Lee Zii Jia berada di landasan tepat bagi mengejar misi memburu gelaran kedua Terbuka Thailand apabila berjaya melangkah ke separuh akhir.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Hasrat Ami bawa keluarga bercuti tidak kesampaian - Kakak
Kakak kepada Allahyarham berkongsi adiknya itu sering meluahkan hasrat berkenaan ketika membuat panggilan video bersama keluarga.
Ahli Parlimen, ADUN Bersatu diberi tempoh 14 hari nyata pendirian - Hamzah
Semua wakil rakyat Bersatu termasuk enam Ahli Parlimen dan ADUN yang berpaling tadah dengan menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan diberi tempoh 14 hari untuk menyatakan pendirian mereka.
Resit tular: Polis rekod keterangan lapan individu
Polis telah merekodkan keterangan lapan individu bagi membantu siasatan berhubung kes resit yang didakwa tertera perkataan menghina Islam.
PM Anwar tiba di Uzbekistan untuk lawatan rasmi tiga hari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini hari ini untuk memulakan lawatan rasmi tiga hari ke Uzbekistan.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Penduduk terkejut, bimbang
Penduduk kampung Afiq Ibrahim, 19, bimbang dengan kejadian terbabit yang pertama kali berlaku dan mahu kawalan keselamatan dipertingkatkan.
Impak lawatan PM kepada perdagangan, pelaburan Malaysia
Temu bual bersama Pengarah Urusan CSQ International Consulting, Shamsul Qamar Abd Rani dalam melihat kepada impak perdagangan dan pelaburan Malaysia susulan lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Penolong pegawai mengaku tidak bersalah kemuka tuntutan palsu, salah guna harta
Seorang penolong pegawai Jabatan Perangkaan Negeri Melaka berhadapan enam pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu dan menyalahgunakan harta.
Pantau Agenda Reformasi: Apa kedudukan 6 MP & 1 ADUN Bersatu?
Saya ingin bersama dengan Dr Mohammad Tawfik Yaakub, Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Pentadbiran & Politik, Universiti Malaya
Malaysia, Kazakhstan sepakat perkukuh hubungan, teroka kerjasama baharu
Malaysia dan Kazakhstan sepakat untuk terus memperkukuhkan hubungan yang terjalin sejak 16 Mac 1992, serta meneroka peluang kerjasama baharu.
Kes seludup 43 rakyat Malaysia, pertama kali berlaku di Amerika Selatan - KPN
Kesemua mangsa diperdaya dengan tawaran pekerjaan di luar negara yang menjanjikan bayaran lumayan.